Tuesday, January 26, 2010

BanGun Pagi GosOk gigi, ambil wuduk, pegi solat


Bismillahirrahmanirrahim…
 Assalamualaikum….
Ehm-ehm…nak tulis something la hari ni…Huhu… Walaupun lusa exam anatomy, tapi ana tetap mahu mencoret di blog tersayang. Kenapa macam berani mati je tulis-tulis blog padahal banyak belum study lagi? Ha…ni disebabkan mood belajarnye belum sampai-sampai dari tadi. Rasenye jalan jem tu, tu yang sampai kena buat blog insyaallah coming….amin. Sebenarnye tadi dah datang dah mood tapi tetibe rumah ana blackout plak. Imarah(macam apartmen la..huhu..konon2) kitorg ni(ana dan rakan-rakan seperjuangan yang len) die mcm boikot kitorang.Kenape ana cakap imarah ni macam memboikot? Asbabnye adalah…time kitorang rilek-rilek menjalani kehidupan yang kurang tertekan(sbb xde exam) xde pulak die nak mem’black out’kan diri tapi time exam week la die start wat hal balik…Ish..ish..ish…xpe cobaan….(ikot gaya bujang lapok). Insyaallah di sebalik black out ni ada result mumtaz menanti…hurm. Amin… =).
Di sebabkan ana ni seorang yang study kene cari mood(alasan lebih), jadi time pepetang lepas asar, ana membuat keputusan untuk membaca benda bukan anatomy plak. Lagipun ada seorang sahabat ana cakap tak berapa elok belajar after asar.Hum…kesahihan die ak berapa pasti tapi memang banyak benda tak berapa elok dilakukan after asar, antaranye tidor…ni sebab menurut saintifiknye, time pepetang kalo kite tido, ini akan menyebabkan badan kite akan men’secrete’ banyak hormone yang akan membuatkan kita menjadi lebih penat dan lebih bad mood when we wake up. Tambahan pula tido pepetang ni boleh wat kite jadi gile. Fakta ni ana ad abaca dari sumber yang dipercayai. Bukan men taip je. Tapi betol, ana dah buat, memang buat orang lagi letih and bad mood. Dari segi agama pulak, tanda-tanda kita nak meninggal muncul time-time asar(ni dari mulut sahabat-sahabat ana la). So kalau kita tido time ni, kita tak sedar la yang ajal kita dah dekat. Sahabat ana cakap lagi, selalunya orang yang beriman dapat sedar benda-benda ni, maybe untuk lebih prepare…….Ha..dah ajuh menyimpang ni, sebenarnye nak bagitau yang ana mengisi masa lepas asar ana dengan membaca buku “Fadhilat Solat” . sesaje nak tambah ilmu. Selepas sehelai ana baca kesehelai yang lain, ana makin tertarik dengan ilmu yang ada dalam buku tu(kantoi seblom ni xpenah bukak). Memang banyak agama ilmu yang ana tak tau. Time tu memang terasa cetek sangat pengetahuan kat otak ni. Terus terdetik kat hati ni,’kena banyak baca lagi!’ Dalam banyak bab yang ana telah baca, ada satu bab ni yang menarik ana untuk berkongsi kat blog ni. Sebab ana rasa benda ni simple tapi ana tak tahu.
~Bismillahirahmanirrahim~
*Bersugi*
`Mengambil wuduk dengan sempurna’ maksudnya ialah kita hendaklah mengetahui adab-adab dan sunat-sunat wuduk dan mengambil berat mengamalkan sunat-sunat dan adab-adab ketika mengambil wuduk. Misalnya bersugi ialah alah satu sunat wuduk tetapi umumnya tidak diberi perhatian lagi. Sedangkan diriwayatkan dalam sebuah hadith bahawa solah yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solah yang dikerjakan tanpa bersugi. Diriwayatkan dalam sebuah hadith, “Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi, kerana bersugi mempunyai 10 faedah;
1)     Membersihkan mulut
2)     Menjadi sebab keredhaan Allah
3)     Menyebabkan kemarahan syaitan
4)     Allah dan para malaikat mengasihi orang yang bersugi
5)     Menguatkan gusi
6)     Menghilangkan gelema
7)     Mewangikan mulut
8)     Menghapuskan safra’(sejenis penyakit)
9)     Menguatkan pandangan mata
10) Menghilangkan bau busuk mulut

Selain dari semua kelebihan itu, bersugi adalah sunnah Rasulullah S.A.W (Munabbhihat Ibni Hajar). Para ulama telah mencatatkan bahawa terdapat 70 faedah dalam bersugi. Salah satunya ialah dapat mengucap kalimah syahadah ketika meninggal dunia, Insyaallah..

Jadi, kesimpulannya kat sini, bersugi ni banyak kebaikannya. Terutama sekali part solat bersugi yang 70 kali lebih baik tu. Hmmm…Subhanallah, Allah banyak cara nak  bagi kita kumpul pahala. Tinggal kita je nak kumpul ke tak. Semoga kita bersama dapat mempraktikkan bersama-sama. Ana pun sedang men’istiqamah’kan wuduk bersugi ni. Kita sesame usaha. Insyaalah Berjaya. Ok…mood study dah sampai. Got to go before mood tu lari. Doakan kejayaan ana dalam exam anatomy ni…Mesyi… Assalamualaikum…


                               
   bAnyak kene sTudy laGi..... bUku betimbun-TimBun

No comments:

Post a Comment